Thursday 18 December 2014

Menara Cawan Kertas



Mahukah Tuan/Puan buat aktiviti ini di sekolah / tadika?

Bahan yang diperlukan :-
mounting board
paper cups
kerusi

Bagaimanakah caranya?

1. Susun banyak cawan di bawah.
2. Kemudian alaskan dengan sekeping mounting board.
3. Pilih seorang untuk naik di atas susunnan itu. Kukuhkan bangunan itu?
4. Ulang proses yang sama untuk tingkat yang seterusnya.

Bagaimana manusia boleh berdiri di atas Menara Cawan Kertas?

Dua faktor :-

1. Luas permukaan
Susunan cawan yang sama rata akan membesarkan luas permukaan. Luas permukaan menyebarkan seluruh berat padanya. lebih banyak cawan maka lebih banyak berat yang dibahagikan sesama cawan. Jika sedikit sahaja cawan, maka berat yang dirasai setiap cawan itu besar. Maka cawan akan cepat rosak.

Luas permukaan yang besar juga merendahkan pusat graviti. Ini menjadikan Menara Cawan Kertas itu lebih stabil.

2.  Struktur
Bentuk cawan dan cara susunan yang betul dapat menyokong berat seluruh Menara Cawan Kertas. Jika jenis cawan itu berbeza-beza, maka akan ada bahagian yang kuat dan bahagian yang lemah. Bahagian yang lemah akan mencacatkan seluruh kekuatan menara. Akhirnya menara runtuh disebabkan oleh kecacatan ini.

Secara amnya, badan manusia juga begitu. Allah jadikan rangka badan manusia daripada tulang-tulang yang kuat. Tulang-tulang itu berongga, tidaklah 100% lurus. Tetapi, ia boleh menampung berat badan manusia, boleh mengangkat barang berat dan boleh menahan hentakan sehingga had tertentu.

Dinamiknya, keseluruhan berat badan manusia sewaktu berdiri ditampung oleh dua tapak kaki. Bagaimanakah Allah merekaciptanya?

Allah Yang Maha Bijaksana menjadikan setiap benda semulajadi adalah untuk kita belajar daripadanya. Tidak ada satu benda pun yang diciptakan sia-sia belaka melainkan untuk kita berfikir dan mengambil iktibar daripadanya.

Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon korma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir. 
(Al-Quran Surah Ar-Ra’d: 4)