Thursday 13 November 2014

Hari Sains Tadika ABS



Tadika ABS akan menganjurkan Hari Sains Tadika ABS untuk anak-anak yang berumur 5 hingga 12 tahun. Program ini akan dilaksanakan oleh fasilitator Little Ibnu Sina. Little Ibnu Sina adalah subjek Sains di Tadika ABS. Ia membantu kanak-kanak menemui kehebatan Tuhan di sebalik Sains dan merangsang bakat dalam diri mereka.

Termasuk dalam yuran adalah:-
1. Bahan aktiviti sains
2. Workbook
3. Survey bakat
4. Sijil penyertaan
5. Makan minum tengahari

Aktiviti dalam Hari Sains Tadika ABS
1. Misi Ibu Kumbang
Memilih jambatan yang sesuai untuk kraf ibu kumbang bersatu semula dengan anak-anaknya. Dalam aktiviti ini, peserta menggunakan konsep geseran untuk memilih tali dan cara ibu kumbang berjalan di atas tali.

2. Ikhtiar Puteri Kadbod
Mencari cara untuk mendirikan semula Puteri Kadbod yang tumbang selepas memakai mahkota. Peserta menggunakan konsep pusat gravity untuk menyelesaikan masalah ini.

3. Rama-Rama Belajar Terbang
Mencari ikhtiar untuk membolehkan kraf rama-rama terapung di hujung pensel. Peserta menggunakan konsep keseimbangan jisim untuk mengapungkan rama-rama tersebut.

Bagaimana mengapungkan Sang Rama-rama? 
Menyampaikan konsep sains tentang keseimbangan menggunakan buku cerita bergambar.

Bagaimana menolak ibu Kumbang dengan tali? 

 
Tali manakah yang sesuai untuk menggerakkan Ibu Kumbang ke hadapan? Tali rafia? Tali pos? Tali nylon? 
  
  
Bagaimanakah mendirikan Puteri Kadbod tanpa menggunakan tangan? 

Pengajaran sains disampaikan dalam bentuk penceritaan. Penceritaan merangsang kecerdasan visual spatial dan verbal linguistik. Eksperimen pula merangsang kecerdasan logik matematik. Manakala kraf merangsang kecerdasan bodily kinesthetics. Modul Little Ibnu Sina Preschool digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di rangkaian Tadika ABS.

No comments:

Post a Comment

Kami mengalu-alukan cadangan dan ulasan anda di sini. Terima kasih.