Flashcards The Chicken Story

Apakah Flash cards ‘The Chicken Story’?

Flash cards ‘The Chicken Story’ adalah sebuah permainan pendidikan yang membantu menguatkan daya ingatan, mengembangkan daya imaginasi dan merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak. Ia sesuai digunakan oleh kanak-kanak berumur 5 – 12 tahun.

40 kad 10 cerita

Flash cards ini terdiri daripada 10 cerita dan 40 kad bergambar yang terang dan menarik. Latar cerita adalah tentang biologi ayam dan kaitannya dengan kehidupan manusia dan alam sekitar. Ia disusun sedemikian rupa supaya kanak-kanak mempunyai kebebasan untuk berimaginasi dan menajamkan kebolehan mereka untuk berkarya.

9 aktiviti mengikut tahap

Aktiviti-aktiviti ini terbahagi kepada 3 tahap bermula dengan tahap Asas, Pertengahan dan Lanjutan. Setiap tahap ini mempunyai cabarannya yang tersendiri. Ia dibuat sebegini supaya bersesuaian dengan fitrah kanak-kanak. Peringkat Asas adalah sesuai dengan kanak-kanak tadika, Peringkat Pertengahan pula sesuai dengan kanak-kanak sekolah rendah manakala Peringkat Lanjutan pula sesuai apabila kanak-kanak ini sudah melalui peringkat Asas dan Pertengahan. Tahap-tahap ini boleh digunakan oleh ibu bapa atau guru untuk melihat perkembangan kanak-kanak.

Skrip cerita dwi bahasa  -  Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Flash cards ini disertakan dengan skrip cerita dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Malah ia dilengkapi dengan istilah-istilah tertentu. Jadi, kanak-kanak membina perkataan-perkataan baru dalam minda mereka. Ini dapat membantu mempercepatkan lagi perkembangan otak mereka sekali gus  menguasai kedua-dua bahasa dengan lebih pantas.

Cd skrip dan tatacara bermain flash cards + rawi


Bagi membantu memudahkan guru dan ibu bapa memahami cara aktiviti ini dilakukan, maka sekeping CD disediakan. Kandungannya terdiri daripada tatacara aktiviti bersama kanak-kanak dan ditambah dengan skrip rawi bagi membantu kanak-kanak menyebut istilah-istilah yang mereka tidak pernah atau jarang jumpa. 

9 Games in a Box 

Aktiviti 1: The Chicken Story Game


Objektif Permainan
Mengumpulkan empat kad sehingga lengkap ceritanya. Permainan ini sesuai untuk 3 – 6 orang. Pemain perlu baca ‘Kisah Si Ayam’ terlebih dahulu. Muat turun cerita di Facebook Page: Little Ibnu Sina Camp.  

Cara bermain
1. Kocok semua kad dan agihkan 4 keping kepada setiap pemain. ‘Lebihan’ diletakkan di tengah tengah bulatan permainan.
  1. Pemain pertama mula bermain dengan mengambil satu kad daripada ‘Lebihan’. Sekiranya kad tersebut atau mana-mana kad dalam tangan pemain tidak padan, maka pemain mesti keluarkan satu kad yang tidak diingini dan letakkan ia di sebelah ‘Lebihan’.
  2. Kemudian pemain kedua akan ulang langkah yang sama.
  3. Permainan diteruskan sehingga ada pemain terawal yang berjaya melengkapkan semua 4 kad sebuah cerita dan menjerit "Little Ibnu Sina", dialah pemenang.
  4. Pemenang akan menceritakan kad-kadnya.
  5. Permainan mula semula. Ulang langkah 1 – 6.  

Aktiviti 2: Lukis dan Teka



Objektif Permainan
Mengumpul seberapa banyak perkataan daripada lukisan. Peralatan lain yang diperlukan untuk permainan ini: papan putih, marker pen, jam, loceng.

Cara Bermain
  1. Seorang wakil kumpulan mencabut kad.
  2. Pilih satu perkataan untuk dilukis daripada kad tersebut.
  3. Ahli kumpulan meneka perkataan daripada lukisan itu. Sekiranya berjaya akan mendapat 1 markah.
  4. Kemudian, berikan pen kepada ahli kumpulan.
  5. Ulang langkah 1- 4 sehingga tamat 3 minit.
  6. Tamat 3 minit, kumpulan lawan ambil giliran. Ulang langkah 1 - 6.  
  7. Main beberapa pusingan. Kumpulan yang berjaya mengumpul markah paling tinggi adalah pemenang. 

Aktiviti 3: Teka Cerita




Objektif Permainan
Pemain membuat aksi berdasarkan kad. Pemain lain meneka jalan cerita yang berkaitan dengan aksi tersebut. Permainan ini sesuai dalam kelompok yang ramai (15 – 30 orang). Pemain perlu baca ‘Kisah Si Ayam’ terlebih dahulu. Muat turun cerita di Facebook Page: Little Ibnu Sina Camp.

Cara Bermain
  1. Setiap pemain mendapat sekeping kad.
  2. Fikirkan aksi yang hendak dibuat berdasarkan kad tersebut. Masa untuk bersedia ialah 5 minit.
  3. Guru panggil nama (atau cabut undi).
  4. Pemain yang dipanggil itu pergi ke depan dan tunjukkan aksi.
  5. Pemain lain teka aksi tersebut dan lengkapkan seluruh cerita.
  6. Ulang langkah 4 – 6.

Aktiviti 4: Mari Bercerita



Objektif permainan
Pemain menceritakan kad yang ia dapat kepada semua orang.

Cara Bermain
  1. Pemain cabut satu kad.
  2. Dalam masa 2 minit, reka cerita berdasarkan kad yang dipilih. Panjang cerita itu ialah 2 minit.  
  3. Mulakan cerita di hadapan kelas.  

Aktiviti 5: Susun Cerita



Objektif permainan
Kumpulkan 4 kad dan susun sehingga menjadi satu cerita yang sempurna. Permainan ini sesuai untuk 3 – 10 orang. Pemain perlu baca ‘Kisah Si Ayam’ terlebih dahulu. Muat turun cerita di Facebook Page: Little Ibnu Sina Camp.

Cara bermain
  1. Setiap pemain mendapat satu kad.   
  2. Lambakkan baki kad di atas lantai.
  3. Pemain cari lagi tiga baki kad untuk lengkapkan jalan cerita.  
  4. Siapa yang lengkap dulu menjadi pemenang.    

Aktiviti 6: Kutip & Karang Cerita



Objektif permainan
Pemain mengarang sebuah cerita baru berdasarkan 4 kad yang berbeza tema. Boleh bermain seorang atau bermain beramai-ramai

Cara bermain
  1. Lambakkan kad di atas lantai / meja. Dalam masa 15 saat, cari 4 kad.
  2. Karang cerita baharu daripada kad yang dapat. Tempoh masa ialah 5 minit.
  3. Pemain bercerita di hadapan kelas.

Aktiviti 7: Kembara Kata



Objektif permainan
Tulis seberapa banyak perkataan yang berkaitan dengan kad. Permainan ini sesuai untuk seorang atau berkumpulan.
Peralatan lain yang diperlukan : kertas mahjung, pita pelekat, pensel warna

Cara bermain
  1. Wakil kumpulan pilih kad secara rawak.
  2. Tampal kad pada kertas mahjung.
  3. Tampalkan kertas mahjung pada dinding.
  4. Ahli kumpulan bersama-sama tulis perkataan yang berkaitan dengan kad itu.
  5. Setiap perkataan berjumlah satu markah. Jika ada satu perkataan yang berulang, tolak 1 markah.
  6. Kumpulan yang berjaya mengumpul markah paling banyak menjadi pemenang.  

Aktiviti 8: Ikut Saya



Objektif permainan
Mengulang aksi mengikut kad yang dipegang dalam tempo tertentu. Permainan ini sesuai untuk kumpulan 5 hingga 10 orang . Peralatan lain yang diperlukan: Drum (atau apa saja alat yang boleh menghasilkan bunyi).

Cara bermain
  1. Duduk dalam bulatan. Seorang duduk di tengah sambil memegang drum.  
  2. Ketua kumpulan serahkan satu kad kepada pemain di sebelah sambil berkata, contoh “ini telur tembelang” sambil mengikut tempo.
  3. Setiap pemain ulang langkah 2 sehingga lengkap 1 pusingan.  
  4. Untuk jadikan permainan ini lebih mencabar, ketua kumpulan serah kad kepada pemain di sebelah yang bertentangan dengan ayat yang lain, ditambah dengan aksi dan rentak tempo yang lebih laju.  

Aktiviti 9: Melukis & Mewarna



Objektif aktiviti
Lukis semula gambar dalam kad. 

No comments:

Post a Comment

Kami mengalu-alukan cadangan dan ulasan anda di sini. Terima kasih.