Monday 1 April 2013

Gaya Pembelajaran Manusia


Setiap manusia mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Ada orang yang mudah belajar hanya dengan melihat. Ada orang mudah belajar dengan mendengar. Dan ada orang yang masih tidak faham apa yang diajarkan sama ada melalui mendengar atau melihat. Cara pembelajaran orang ini dipanggil kinestetik iaitu terlibat secara fizikal ketika belajar, contohnya pergerakan badan dan kerja tangan. Tentu anda pernah terjumpa kanak-kanak yang hanya boleh duduk diam 5 - 10 minit sahaja. Selepas itu, dia langsung tidak memberi tumpuan.

Kanak-kanak sedang membina menara tertinggi dan terkuat
menggunakan suratkhabar.

 Pendekatan pembelajaran yang menggunakan ketiga-tiga gaya pembelajaran visual (melihat), auditori (mendengar) dan kinestetik dipanggil ‘Accelerated Learning’. Pendekatan ‘Accelerated Learning’ dipengaruhi oleh teori ‘Multiple Intelligence’ yang diasaskan oleh Edward Gardner. Beliau berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai kebijaksanaan masing-masing secara semula jadi. Rangsangan yang bersesuaian dengan keadaan semula jadi seseorang itu akan meningkatkan lagi tahap kecerdikannya.

Kanak-kanak melukis salah satu illustrasi daripada
cerita 'Zarah Udara Vs Zarah Air'

Di Little Ibnu SIna Camp, ketiga-tiga gaya pembelajaran ini digabungkan melalui ‘Science Storytelling Approach’. Ada masa kanak-kanak mendengar cerita, melihat illustrasi dan meniru gaya si pencerita. Ada masa kanak-kanak bereksperimen (kinestetik), menceritakan lukisan (audio) dan melukis (visual). Untuk itu, kanak-kanak berasa seronok kerana mereka puas dengan apa yang mereka pelajari.