Monday 28 April 2014

Ulangkaji: Modul 4: 6 Tahun: Minggu 3: Ikhtiar Puteri Kadbod

Ok, kami copy paste dengan izin daripada blog peribadi pengasas Little Ibnu Sina for Preschool. 

Apakah poin utama di sebalik aktiviti 'Ikhtiar Puteri Kadbod'? Read on.  



Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? (Al-Mulk 67:3) (sumber:www.surah.my)

Apa kaitan antara ayat 3 Surah Al-Mulk, badut dan pokok pada pandangan  saya? Saya kongsikan dalam post ini. 

Pada post yang lepas, saya tunjukkan bagaimana badut itu bergerak di atas papan styrofoam. Ia bergerak flip flop turun ke bawah. Semakin bertambah berat plastisin di dalam badut itu maka semakin lajulah ia turun ke bawah. Tetapi, apabila berat plastisin sangat besar, ia tersangkut pula di dalam badut itu. Jadi, ia tidak dapat turun lancar seperti yang saya harapkan. Sebaliknya, ia menggelongsor ke bawah.

Untuk eksperimen kali ini, saya olah sekali lagi. Inilah eksperimennya.

Lekatkan plastisin pada dasar badut. 

Tutup dan lekatkan badut semula. Tolak kepalanya. Cuba teka apa yang berlaku.

Tonton video ini untuk lihat apa yang berlaku.



Kepala badut bergoyang kiri kanan apabila ditolak. Bahagian bawahnya tetap pada kedudukan asal. Ini kerana berat badut tertumpu pada bahagian bawahnya (dasar). Pusat graviti berada di dasar badut.

Permukaan bola pingpong yang berbentuk hemisfera ini hanya bersentuhan sedikit saja dengan lantai (pc saya). Luas permukaan (tapak) ini sangatlah kecil berbanding berat dan tinggi badut (nisbah yang tidak munasabah). Ia tidak dapat memberikan sokongan yang kuat kepada badut ini. Sebab itulah badut bergoyang kiri kanan (tidak seimbang) walaupun pusat gravitinya berada di dasar.

Bayangkan si badut ini sebuah bangunan pencakar langit. Manakala tolakan jari saya pula ialah angin yang bertiup mengenai pencakar langit tersebut. Bolehkah pencakar langit ini bertahan lama? Sebab itulah pencakar langit mempunyai luas tapak yang sangat besar. Antara bangunan yang mempunyai tapak yang lebih besar daripada puncaknya ialah piramid. Bangunan Menara Berkembar Petronas pun mempunyai tapak yang luas di dasarnya.

Piramid. Imej: famouswonders.com

Bagi tumbuhan pula, cuba perhatikan bentuk pokok. Kebanyakan pokok terutamanya di hutan mempunyai batang yang lurus dan menjulang tinggi ke langit. Bahagian puncaknya merimbun dengan daun yang membentuk kanopi. Secara logiknya, tentulah pokok ini tidak seimbang. 

Pusat graviti pokok?

Tetapi, cuba kita lihat akarnya pula. Berapa dalam dan luaskah akarnya merayap ke dalam tanah? Bagaimanakah pula beribu-ribu akar rambut mencengkam tanah tersebut? 

Pusat graviti pokok.


The very small things make up a big thing. Akar pokok dari sekecil milimeter sehingga bersaiz meter menjadi tapak kepada keseluruhan struktur pokok. Maka seimbanglah pokok ini walaupun di atas tanah kita lihat seolah-oleh puncaknya lebih berat daripada bawahnya. 

Perhatikan alam semulajadi di sekeliling kita. Di manakah kebijaksanaan Allah yang ditunjukkan kepada kita? Perhatikan 'the natural engineering & architecture' dalam haiwan dan tumbuhan yang dijadikanNya untuk kegunaan kita. Apa yang dapat kita pelajari dan contohi darinya? Di situlah tersembunyinya sains iaitu hukum alam yang telah diciptakan Allah untuk kita pelajari. Namun, dapatkah kita nampak kebijaksanaan Allah tanpa ilmu pengetahuan? Dapatkah kita nampak keseimbangan alam ini tanpa ilmu pengetahuan sains? 

Itulah kaitan antara ayat 3 Surah Al-Mulk, badut dan pokok dari pandangan saya.









No comments:

Post a Comment

Kami mengalu-alukan cadangan dan ulasan anda di sini. Terima kasih.