Wednesday, 16 April 2014

Mari Ulangkaji: Konsep Ketumpatan di sebalik 'Impian Mat Plastisin Usahawan Sampan'

Dalam episod kedua modul 'Impian Mat Plastisin Usahawan Sampan' 5 tahun, kita ada berjumpa dengan gambar ini.

Modul 1: 5 tahun : Episod 2 : Mat Plastisin Usahawan Sampan

Dalam episod ini, Mat Plastisin akhirnya menurut kata hati. Ia terjun ke dalam air. Malangnya, ia tenggelam. Mujur Mat Pensel dan Mat Pemadam berjaya menyelamatkannya.

Semasa berjumpa dengan Pak Cik Google, inilah penerangan yang beliau berikan. Hakikat Mat Plastisin yang kecil tenggelam dalam air yang besar itu adalah kerana badannya yang lebih berat daripada air.

Zarah dalam air jarang-jarang. Manakala zarah dalam Mat Plastisin rapat-rapat. Itulah punca Mat Plastisin sentiasa tenggelam dalam air.

NOTA: Pelajar tidak pernah mendengar perkataan zarah. mereka juga tidak pernah mendengar perkataan jisim. Juga perkataan jirim. Apa lagi perkataan ketumpatan. SLASH ALL THESE JARGONS! Perkenalkan perkataan ZARAH sahaja.

Bagaimana?

Ambil masa untuk terangkan sekejap apa itu zarah.

Contoh:
Zarah ialah benda yang sangat halus.

Siapa kenal gula, angkat tangan. 
Zarah lebih halus daripada gula.

Siapa kenal garam, angkat tangan. 
Zarah lebih halus daripada garam.    

Siapa kenal debu, angkat tangan.
Zarah lebih halus daripada debu. 

Jadi, berapa haluskah zarah? 
Hanya Allah saja yang tahu berapa halusnya zarah. 

Semua benda hidup dan bukan hidup terdiri daripada zarah. Banyak zarah-zarah berkumpul, maka jadilah benda yang kita boleh nampak. 

Adakah zarah pada baju kita? 
Adakah zarah pada rambut kita? 
Adakah zarah pada kulit kita? 
Adakah zarah di langit?
Adakah zarah di Bumi? 

Hebatnya ciptaan Allah... dari sekecil-kecil zarah sehingga sebesar-besar alam semesta. Maka itu, tiada satu benda pun yang dapat lari dari pandangan Allah. 

Mari sambung cerita semula.

Namun demikian, setiap masalah ada penyelesaiannya. Apakah penyelesaiannya?

Bertitik tolak daripada dialog ini, pelajar perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Di situlah peranan aktiviti selanjutnya iaitu 'Mat Plastisin boleh Terapung?'

Untuk menjalankan aktiviti ini, Tuan Puan perlukan
1. big book dan skrip cerita Mat Plastisin Usahawan Sampan
2. Manual Panduan Menjalankan Aktiviti
3. Buku Kerja
4. Tool Box (optional)

Untuk maklumat lanjut tentang program Little Ibnu SIna for Preschool, mohon hubungi Tuan Azwan di
017-243 8520.




Thursday, 10 April 2014

haahh... kami leka tonton video ini, cuba anda tonton pula



Kami enjoy menonton video non-verbal ini. Ia membuatkan kami terfikir-fikir apakah yang akan berlaku seterusnya. Cuba anda tonton pula.

Apa kata, tontonkan video ini kepada kanak-kanak. Selepas habis video, cuba tanya pendapat mereka mengenai cerita dalam video tersebut. Apakah idea mereka?

Pada kami, this activity is much much better than watching cartoons yang biasa kita lihat. Kartun biasa membuatkan kanak-kanak kurang berimaginasi. Manakala kartun seperti ini membawa maksud tersirat yang merangsang imaginasi dan kreativiti kanak-kanak.

Now, how about u try them at school. Apakah reaksi mereka?

Ok, kami hidangkan beberapa lagi video menarik untuk kita enjoy bersama. Seriously funny!


Anda juga boleh tanyakan soalan-soalan berbentuk HOTs (Higher order thinking skills) kepada kanak-kanak selepas menyaksikan video ini. Antara soalannya (susunan soalan tidak mengikut sequence):-

1- kalau kamu jadi siput itu, apa yang akan kamu lakukan supaya orang itu tidak jatuh ke tanah selepas diangkat?

2 - kamu rasa apa yang sedang dilakukan oleh katak dan siput itu?

3 - semasa piring terbang itu terangkat semula dari tanah, bagaimana orang itu tidak penyek?

hahaha... mesti macam-macam imaginasi pelik yang keluar daripada budak-budak ini. Percayalah!







Thursday, 3 April 2014

This video is awesome. Kami wonder bagaimana mereka ambil shots ini.



Apabila menonton video ini, perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah bagaimana pasukan movie ini mengambil gambar.

Dengan bunyinya, memek muka haiwan itu, aksi dan reaksi mereka, semua itu mengujakan.

Kepada tim pembuat cerita ini kami salute anda.

Monday, 31 March 2014

Eksperimen 'Corong Kedap Udara'

Hari ini saya cuba eksperimen ‘Corong Kedap Udara’. Perkakas yang diperlukan ialah botol, plastisin, corong, air dan water color. 

Perkakas untuk eksperimen 'Corong Kedap Udara'

Sebelum mengeksperimen, cuba bayangkan pengalaman ini. Pernahkah anda selamkan kepala ke dalam air? Kenapa air tak masuk ke dalam telinga. Eksperimen ini boleh memberikan bayangan jawapan.  

Eksperimen dan pemerhatian :-

Tuang air ke dalam corong.
Air mengalir terus melalui corong dan masuk ke dalam botol.


Keluarkan air dari botol.
Lekatkan plastisin di sekeliling mulut botol.



Ulang eksperimen.

Hanya sedikit air yang masuk ke dalam botol. 

Yang lainnya tersekat di dalam corong. 


Apa yang menyekatnya? Sebabnya, celah di antara mulut botol dengan muncung corong telah ditutup dengan plastisin. Jadi, udara terperangkap didalam botol. Hanya sedikit air sahaja yang masuk ke dalam botol.

Zarah-zarah udara berada jauh di antara mereka. Jadi, apabila air masuk ke dalam botol, ia menolak zarah-zarah udara supaya semakin hampir sesama mereka. Ini menyebabkan tekanan udara menjadi lebih tinggi daripada normal. Sampai tahap tertentu, jarak antara zarah udara menjadi sangat rapat. Ini menjadikan tekanan udara sangat-sangat tinggi dari normal. Ini menyebabkan air tersekat di muncung corong.  

Cara untuk pecahkan sekatan terhadap air? Ada dua cara. 

Cara pertama, kita buka plastisin.
Kedua, kita masukkan straw ke dalam botol melalui corong. Melalui kedua-dua cara ini, udara yang bertekanan lebih tinggi di dalam botol akan keluar menuju ke kawasan udara yang bertekanan lebih rendah (normal). Sebabnya, udara dan lain-lain makhluk Allah sentiasa akur dengan peraturan yang telah ditetapkan iaitu wujud dalam keadaan seimbang (lain pula dengan segelintir kecil manusia yang suka keadaan tak seimbang. Contohnya, hubungan sejenis… sekadar mencelah). Jadi, dapatlah air yang lebih tumpat masuk ke dalam botol sambil menolak udara keluar.

Ruang dalam telinga kita ada udara. Apabila kita selam kepala dalam air, air masuk ke dalam telinga  sehinggalah ia tertahan oleh udara. Ini adalah salah satu fenomena yang saya rasai, anda juga ada merasainya. Setiap kejadian itu adalah sumber pembelajaran dan pengajaran kepada kita.

Oh ya, bercakap mengenai keseimbangan dalam perenggan 5 tadi, firman Allah,

“Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan(mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan(mu) berkali-kali, nescaya pandangan(mu) itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia)”. Sumber: www3.pmo.gov.my.


Monday, 1 April 2013

Gaya Pembelajaran Manusia


Setiap manusia mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Ada orang yang mudah belajar hanya dengan melihat. Ada orang mudah belajar dengan mendengar. Dan ada orang yang masih tidak faham apa yang diajarkan sama ada melalui mendengar atau melihat. Cara pembelajaran orang ini dipanggil kinestetik iaitu terlibat secara fizikal ketika belajar, contohnya pergerakan badan dan kerja tangan. Tentu anda pernah terjumpa kanak-kanak yang hanya boleh duduk diam 5 - 10 minit sahaja. Selepas itu, dia langsung tidak memberi tumpuan.

Kanak-kanak sedang membina menara tertinggi dan terkuat
menggunakan suratkhabar.

 Pendekatan pembelajaran yang menggunakan ketiga-tiga gaya pembelajaran visual (melihat), auditori (mendengar) dan kinestetik dipanggil ‘Accelerated Learning’. Pendekatan ‘Accelerated Learning’ dipengaruhi oleh teori ‘Multiple Intelligence’ yang diasaskan oleh Edward Gardner. Beliau berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai kebijaksanaan masing-masing secara semula jadi. Rangsangan yang bersesuaian dengan keadaan semula jadi seseorang itu akan meningkatkan lagi tahap kecerdikannya.

Kanak-kanak melukis salah satu illustrasi daripada
cerita 'Zarah Udara Vs Zarah Air'

Di Little Ibnu SIna Camp, ketiga-tiga gaya pembelajaran ini digabungkan melalui ‘Science Storytelling Approach’. Ada masa kanak-kanak mendengar cerita, melihat illustrasi dan meniru gaya si pencerita. Ada masa kanak-kanak bereksperimen (kinestetik), menceritakan lukisan (audio) dan melukis (visual). Untuk itu, kanak-kanak berasa seronok kerana mereka puas dengan apa yang mereka pelajari. 

Tuesday, 26 March 2013

Mengapa kita perlu bercerita kepada kanak-kanak?


Tiada siapa pun dalam dunia ini yang perjalanan hidupnya bagaikan poin-poin dalam laporan. Hidup adalah proses. Cerita ialah proses yang disusun atur dari awal hingga akhir. Bercerita akan membawa minda kanak-kanak untuk menyusun fakta mengikut aturan. Jadi, mereka boleh ‘nampak’ perkembangan sesuatu perkara dari pangkal sampai ke hujung. Minda mereka cuba menganalisis perkembangan cerita. Apabila mereka bertanya, itu bermakna anak anda sedang memproses fakta untuk difahami. Dan ini bermakna minda anak anda sedang rancak berfikir.

Fasilitator menyampaikan cerita kepada kanak-kanak dalam
Little Ibnu Sina Camp

Semasa bercerita, anak-anak mengikuti setiap butir perkataan. Apalagi jika penceritaan itu diiringi dengan mimik muka dan intonasi suara, proses ini bukan sahaja merangsang pembangunan emosi, imaginasi dan bahasa, malah kanak-kanak mudah mengerti makna sesuatu perkataan itu. Kanak-kanak cepat menguasai perbendaharaan kata (vocabulary) pada usia 3 – 8 tahun. Menurut saintis yang mengkaji perkembangan otak, bahagian otak yang berkaitan dengan bahasa berkembang pesat pada usia ini.

Illustrasi cerita bertajuk 'Si Susu Menjadi Aiskrim' 

Penceritaan memudahkan anak anda menulis dengan lancar. Idea-ideanya tersusun secara naratif. Ini mengurangkan kusut dalam penulisan karangan. Ditambah pula dengan penguasaan perbendaharaan kata yang luas, tidak mustahil anak anda boleh menghasilkan penulisan kreatif yang unik dan cemerlang. Oleh itu, amalkan aktiviti bercerita dengan anak-anak. Lakukannya secara konsisten dan mulakan sejak usia muda.  

Selepas aktiviti, kanak-kanak lukiskan apa yang mereka ingat semasa
eksperimen dan mendengar cerita.

Little Ibnu Sina Camp menggunakan pendekatan bercerita untuk menyampaikan konsep sains dan mengaitkannya dengan kehebatan Maha Pencipta, Allah SWT. Dengan menggunakan cara ini, kanak-kanak dapat memahami dan menyerap ilmu lebih mudah.

Tuesday, 19 March 2013

Bagaimana merangsang kreativiti kanak-kanak?


Cuba bandingkan persekitaran anak-anak sekarang dengan persekitaran sewaktu kita kecil dahulu. Harga makanan yang murah, tempat tinggal yang luas dan selesa, bermain dan bergaul dalam keadaan selamat dan tenteram. Adakah anak-anak zaman digital ini mengalami situasi yang sama dengan kita dulukala? Hakikatnya, semakin manusia menghampiri akhir zaman maka semakin hebat cabarannya. Inilah cabaran yang akan dihadapi oleh anak kita. Sekiranya minda anak hanya biasa-biasa sahaja, mampukah dia mengecap kebahagiaan, kekayaan dan kejayaan dalam dunia masa hadapan yang penuh pancaroba? Ini bermakna anak-anak perlu kreatif dan inovatif menghadapi cabaran masa depan dan pembinaan pemikiran ini perlu digilap sejak usia rebung.  

Pelajar menyelesaikan cabaran mengalirkan air paling pantas menuruni tali. 

 Jadi, apakah pemikiran kreatif? Rumusan daripada Robert Fisher dalam buku 'Teaching Children To Think', pemikiran kreatif adalah 'sesuatu' yang ada dalam diri seorang perekacipta yang membolehkannya menghasilkan produk baru atau penyelesaian baru kepada sesuatu masalah. Ia adalah sikap dan kebolehan yang membuatkan mereka mampu menjelmakan idea menjadi suatu hasil yang dapat menambah nilai kepada dirinya dan orang lain. Hasil ini menjana pendapatan untuk dirinya dan orang lain juga.  Hasil itu dapat merangsang pembangunan ekonomi bangsa, agama dan negaranya.

Kanak-kanak prasekolah dan sekolah tahap 1 menyelesaikan cabaran
mengalirkan air paling pantas menuruni tali 

Program Little Ibnu Sina melatih peserta berfikir sendiri untuk menyelesaikan masalah. Masalah-masalah ini dihadirkan dalam bentuk eksperimen sains yang mudah dilakukan di rumah. Sungguhpun nampak mudah di mata, tetapi apabila melakukannya, barulah mereka tahu bahawa untuk menjayakan sesuatu perkara, mereka perlu berfikir dan mencuba. Lebih banyak ilmu pengetahuan dan skill yang mereka ada, maka lebih mudah untuk mereka menyelesaikan masalah. Cabaran-cabaran yang kecil ini merangsang otak untuk berfikir lebih kreatif dan inovatif.