Cuba bandingkan persekitaran anak-anak sekarang dengan
persekitaran sewaktu kita kecil dahulu. Harga makanan yang murah, tempat
tinggal yang luas dan selesa, bermain dan bergaul dalam keadaan selamat dan
tenteram. Adakah anak-anak zaman digital ini mengalami situasi yang sama dengan
kita dulukala? Hakikatnya, semakin manusia menghampiri akhir zaman maka semakin
hebat cabarannya. Inilah cabaran yang akan dihadapi oleh anak kita. Sekiranya
minda anak hanya biasa-biasa sahaja, mampukah dia mengecap kebahagiaan,
kekayaan dan kejayaan dalam dunia masa hadapan yang penuh pancaroba? Ini
bermakna anak-anak perlu kreatif dan inovatif menghadapi cabaran masa depan dan
pembinaan pemikiran ini perlu digilap sejak usia rebung.
Pelajar menyelesaikan cabaran mengalirkan air paling pantas menuruni tali. |
Jadi, apakah pemikiran
kreatif? Rumusan daripada Robert Fisher dalam buku 'Teaching Children To
Think', pemikiran kreatif adalah 'sesuatu' yang ada dalam diri seorang
perekacipta yang membolehkannya menghasilkan produk baru atau penyelesaian baru
kepada sesuatu masalah. Ia adalah sikap dan kebolehan yang membuatkan mereka
mampu menjelmakan idea menjadi suatu hasil yang dapat menambah nilai kepada
dirinya dan orang lain. Hasil ini menjana pendapatan untuk dirinya dan orang
lain juga. Hasil itu dapat merangsang pembangunan ekonomi bangsa, agama
dan negaranya.
Kanak-kanak prasekolah dan sekolah tahap 1 menyelesaikan cabaran mengalirkan air paling pantas menuruni tali |
Program Little Ibnu Sina
melatih peserta berfikir sendiri untuk menyelesaikan masalah. Masalah-masalah
ini dihadirkan dalam bentuk eksperimen sains yang mudah dilakukan di rumah.
Sungguhpun nampak mudah di mata, tetapi apabila melakukannya, barulah mereka
tahu bahawa untuk menjayakan sesuatu perkara, mereka perlu berfikir dan
mencuba. Lebih banyak ilmu pengetahuan dan skill yang mereka ada, maka lebih
mudah untuk mereka menyelesaikan masalah. Cabaran-cabaran yang kecil ini
merangsang otak untuk berfikir lebih kreatif dan inovatif.
No comments:
Post a Comment
Kami mengalu-alukan cadangan dan ulasan anda di sini. Terima kasih.