Apakah Flash cards ‘The
Chicken Story’?
Flash cards ‘The Chicken Story’ adalah sebuah permainan
pendidikan yang membantu menguatkan daya ingatan, mengembangkan daya imaginasi
dan merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak. Ia sesuai digunakan oleh kanak-kanak
berumur 5 – 12 tahun.
40 kad 10 cerita
Flash cards ini terdiri daripada 10 cerita dan 40 kad bergambar
yang terang dan menarik. Latar cerita adalah tentang biologi ayam dan kaitannya
dengan kehidupan manusia dan alam sekitar. Ia disusun sedemikian rupa supaya
kanak-kanak mempunyai kebebasan untuk berimaginasi dan menajamkan kebolehan
mereka untuk berkarya.
9 aktiviti mengikut
tahap
Aktiviti-aktiviti ini terbahagi kepada 3 tahap bermula dengan
tahap Asas, Pertengahan dan Lanjutan. Setiap tahap ini mempunyai cabarannya
yang tersendiri. Ia dibuat sebegini supaya bersesuaian dengan fitrah
kanak-kanak. Peringkat Asas adalah sesuai dengan kanak-kanak tadika, Peringkat
Pertengahan pula sesuai dengan kanak-kanak sekolah rendah manakala Peringkat
Lanjutan pula sesuai apabila kanak-kanak ini sudah melalui peringkat Asas dan
Pertengahan. Tahap-tahap ini boleh digunakan oleh ibu bapa atau guru untuk
melihat perkembangan kanak-kanak.
Skrip cerita dwi bahasa -
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Flash cards ini disertakan dengan skrip cerita dalam Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu. Malah ia dilengkapi dengan istilah-istilah
tertentu. Jadi, kanak-kanak membina perkataan-perkataan baru dalam minda
mereka. Ini dapat membantu mempercepatkan lagi perkembangan otak mereka sekali
gus menguasai kedua-dua bahasa dengan
lebih pantas.
Cd skrip dan tatacara
bermain flash cards + rawi
Bagi membantu memudahkan guru dan ibu bapa memahami cara aktiviti
ini dilakukan, maka sekeping CD disediakan. Kandungannya terdiri daripada
tatacara aktiviti bersama kanak-kanak dan ditambah dengan skrip rawi bagi
membantu kanak-kanak menyebut istilah-istilah yang mereka tidak pernah atau
jarang jumpa.
9 Games in a Box
Aktiviti 1: The Chicken
Story Game
Objektif Permainan
Mengumpulkan empat kad sehingga
lengkap ceritanya. Permainan ini sesuai untuk 3 – 6 orang. Pemain perlu baca
‘Kisah Si Ayam’ terlebih dahulu. Muat turun cerita di Facebook Page: Little
Ibnu Sina Camp.
Cara bermain
1. Kocok semua kad dan agihkan 4 keping kepada setiap pemain. ‘Lebihan’
diletakkan di tengah tengah bulatan permainan.
- Pemain
pertama mula bermain dengan mengambil satu kad daripada ‘Lebihan’. Sekiranya
kad tersebut atau mana-mana kad dalam tangan pemain tidak padan, maka pemain
mesti keluarkan satu kad yang tidak diingini dan letakkan ia di sebelah
‘Lebihan’.
- Kemudian
pemain kedua akan ulang langkah yang sama.
- Permainan
diteruskan sehingga ada pemain terawal yang berjaya melengkapkan semua 4
kad sebuah cerita dan menjerit "Little Ibnu Sina", dialah pemenang.
- Pemenang
akan menceritakan kad-kadnya.
- Permainan
mula semula. Ulang langkah 1 – 6.
Aktiviti 2: Lukis dan Teka
Objektif Permainan
Mengumpul seberapa banyak perkataan
daripada lukisan. Peralatan lain yang diperlukan untuk permainan ini: papan
putih, marker pen, jam, loceng.
Cara Bermain
- Seorang
wakil kumpulan mencabut kad.
- Pilih
satu perkataan untuk dilukis daripada kad tersebut.
- Ahli
kumpulan meneka perkataan daripada lukisan itu. Sekiranya berjaya akan
mendapat 1 markah.
- Kemudian,
berikan pen kepada ahli kumpulan.
- Ulang
langkah 1- 4 sehingga tamat 3 minit.
- Tamat
3 minit, kumpulan lawan ambil giliran. Ulang langkah 1 - 6.
- Main beberapa pusingan. Kumpulan yang berjaya mengumpul markah paling tinggi adalah pemenang.
Aktiviti 3: Teka Cerita
Objektif Permainan
Pemain membuat aksi
berdasarkan kad. Pemain lain meneka jalan cerita yang berkaitan dengan aksi
tersebut. Permainan ini sesuai dalam
kelompok yang ramai (15 – 30 orang). Pemain perlu baca ‘Kisah Si Ayam’
terlebih dahulu. Muat turun cerita di Facebook Page: Little Ibnu Sina Camp.
Cara Bermain
- Setiap
pemain mendapat sekeping kad.
- Fikirkan
aksi yang hendak dibuat berdasarkan kad tersebut. Masa untuk bersedia
ialah 5 minit.
- Guru
panggil nama (atau cabut undi).
- Pemain
yang dipanggil itu pergi ke depan dan tunjukkan aksi.
- Pemain
lain teka aksi tersebut dan lengkapkan seluruh cerita.
- Ulang
langkah 4 – 6.
Aktiviti 4: Mari Bercerita
Objektif permainan
Pemain menceritakan kad yang
ia dapat kepada semua orang.
Cara Bermain
- Pemain
cabut satu kad.
- Dalam
masa 2 minit, reka cerita berdasarkan kad yang dipilih. Panjang cerita itu
ialah 2 minit.
- Mulakan
cerita di hadapan kelas.
Aktiviti 5: Susun Cerita
Objektif permainan
Kumpulkan 4 kad dan susun
sehingga menjadi satu cerita yang sempurna. Permainan ini sesuai untuk 3 – 10
orang. Pemain perlu baca ‘Kisah Si Ayam’ terlebih dahulu. Muat turun cerita di
Facebook Page: Little Ibnu Sina Camp.
Cara bermain
- Setiap
pemain mendapat satu kad.
- Lambakkan
baki kad di atas lantai.
- Pemain
cari lagi tiga baki kad untuk lengkapkan jalan cerita.
- Siapa yang lengkap dulu menjadi pemenang.
Aktiviti 6: Kutip &
Karang Cerita
Objektif permainan
Pemain mengarang sebuah
cerita baru berdasarkan 4 kad yang berbeza tema. Boleh bermain seorang atau
bermain beramai-ramai
Cara bermain
- Lambakkan
kad di atas lantai / meja. Dalam masa 15 saat, cari 4 kad.
- Karang
cerita baharu daripada kad yang dapat. Tempoh masa ialah 5 minit.
- Pemain
bercerita di hadapan kelas.
Aktiviti 7: Kembara Kata
Objektif permainan
Tulis seberapa banyak perkataan
yang berkaitan dengan kad. Permainan ini sesuai untuk seorang atau berkumpulan.
Peralatan lain yang
diperlukan : kertas mahjung, pita pelekat, pensel warna
Cara bermain
- Wakil
kumpulan pilih kad secara rawak.
- Tampal
kad pada kertas mahjung.
- Tampalkan
kertas mahjung pada dinding.
- Ahli
kumpulan bersama-sama tulis perkataan yang berkaitan dengan kad itu.
- Setiap
perkataan berjumlah satu markah. Jika ada satu perkataan yang berulang,
tolak 1 markah.
- Kumpulan
yang berjaya mengumpul markah paling banyak menjadi pemenang.
Aktiviti 8: Ikut Saya
Objektif permainan
Mengulang aksi mengikut
kad yang dipegang dalam tempo tertentu. Permainan ini sesuai untuk kumpulan 5
hingga 10 orang . Peralatan lain yang diperlukan: Drum (atau apa saja alat yang
boleh menghasilkan bunyi).
Cara bermain
- Duduk
dalam bulatan. Seorang duduk di tengah sambil memegang drum.
- Ketua
kumpulan serahkan satu kad kepada pemain di sebelah sambil berkata, contoh
“ini telur tembelang” sambil mengikut tempo.
- Setiap
pemain ulang langkah 2 sehingga lengkap 1 pusingan.
- Untuk
jadikan permainan ini lebih mencabar, ketua kumpulan serah kad kepada
pemain di sebelah yang bertentangan dengan ayat yang lain, ditambah dengan
aksi dan rentak tempo yang lebih laju.
Aktiviti 9: Melukis &
Mewarna
Objektif aktiviti
Lukis semula gambar dalam kad.
No comments:
Post a Comment
Kami mengalu-alukan cadangan dan ulasan anda di sini. Terima kasih.