Tiada siapa pun dalam dunia ini yang perjalanan hidupnya
bagaikan poin-poin dalam laporan. Hidup adalah proses. Cerita ialah proses yang
disusun atur dari awal hingga akhir. Bercerita akan membawa minda kanak-kanak
untuk menyusun fakta mengikut aturan. Jadi, mereka boleh ‘nampak’ perkembangan
sesuatu perkara dari pangkal sampai ke hujung. Minda mereka cuba menganalisis
perkembangan cerita. Apabila mereka bertanya, itu bermakna anak anda sedang
memproses fakta untuk difahami. Dan ini bermakna minda anak anda sedang rancak
berfikir.
Fasilitator menyampaikan cerita kepada kanak-kanak dalam Little Ibnu Sina Camp |
Semasa bercerita, anak-anak mengikuti setiap butir perkataan.
Apalagi jika penceritaan itu diiringi dengan mimik muka dan intonasi suara,
proses ini bukan sahaja merangsang pembangunan emosi, imaginasi dan bahasa,
malah kanak-kanak mudah mengerti makna sesuatu perkataan itu. Kanak-kanak cepat
menguasai perbendaharaan kata (vocabulary) pada usia 3 – 8 tahun. Menurut
saintis yang mengkaji perkembangan otak, bahagian otak yang berkaitan dengan
bahasa berkembang pesat pada usia ini.
Illustrasi cerita bertajuk 'Si Susu Menjadi Aiskrim' |
Penceritaan memudahkan anak anda menulis dengan lancar.
Idea-ideanya tersusun secara naratif. Ini mengurangkan kusut dalam penulisan
karangan. Ditambah pula dengan penguasaan perbendaharaan kata yang luas, tidak
mustahil anak anda boleh menghasilkan penulisan kreatif yang unik dan
cemerlang. Oleh itu, amalkan aktiviti bercerita dengan anak-anak. Lakukannya
secara konsisten dan mulakan sejak usia muda.
Selepas aktiviti, kanak-kanak lukiskan apa yang mereka ingat semasa eksperimen dan mendengar cerita. |
Little
Ibnu Sina Camp menggunakan pendekatan bercerita untuk menyampaikan konsep sains
dan mengaitkannya dengan kehebatan Maha Pencipta, Allah SWT. Dengan menggunakan
cara ini, kanak-kanak dapat memahami dan menyerap ilmu lebih mudah.
No comments:
Post a Comment
Kami mengalu-alukan cadangan dan ulasan anda di sini. Terima kasih.