Baiklah, minggu ini kita ulangkaji modul Sang Rama-rama 5 tahun, minggu 3.
Sang Rama-rama boleh hinggap di hujung pen.
Matlamat kraf ini adalah supaya pelajar boleh buatkan Sang Rama-rama boleh hinggap di hujung pen.
Dalam aktiviti ini, pelajar akan adjust berat plastisin di hujung kedua-dua kepak sehingga paruh Sang Rama-rama boleh 'terapung' di hujung pen.
Kraf ini sama konsepnya dengan gambar permainan di bawah.
Kredit foto: www.forums.actionfigurefury.com
Apabila Tuan Puan mahu buat kraf ini, pastikan bentuk Rama-rama adalah seperti dalam gambar di bawah ini.
Kredit foto: www.pinterest.com
kami mencadangkan guru lukiskan bentuk dan fotostat. Kemudian, biarkan pelajar potong sendiri. Ini kerana apabila pelajar sendiri yang melukiskan bentuk rama-rama, bentuknya selalu tidak seimbang. Ini akan menyebabkan mereka sukar untuk seimbangkan bentuk. Akibatnya mereka cepat putus asa dan tidak mahu mencubanya lagi.
Ok, kami copy paste dengan izin daripada blog peribadi pengasas Little Ibnu Sina for Preschool.
Apakah poin utama di sebalik aktiviti 'Ikhtiar Puteri Kadbod'? Read on.
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? (Al-Mulk 67:3) (sumber:www.surah.my) Apa kaitan antara ayat 3 Surah Al-Mulk, badut dan pokok pada pandangan saya? Saya kongsikan dalam post ini. Pada post yang lepas, saya tunjukkan bagaimana badut itu bergerak di atas papan styrofoam. Ia bergerak flip flop turun ke bawah. Semakin bertambah berat plastisin di dalam badut itu maka semakin lajulah ia turun ke bawah. Tetapi, apabila berat plastisin sangat besar, ia tersangkut pula di dalam badut itu. Jadi, ia tidak dapat turun lancar seperti yang saya harapkan. Sebaliknya, ia menggelongsor ke bawah.
Untuk eksperimen kali ini, saya olah sekali lagi. Inilah eksperimennya.
Lekatkan plastisin pada dasar badut.
Tutup dan lekatkan badut semula. Tolak kepalanya. Cuba teka apa yang berlaku. Tonton video ini untuk lihat apa yang berlaku.
Kepala badut bergoyang kiri kanan apabila ditolak. Bahagian bawahnya tetap pada kedudukan asal. Ini kerana berat badut tertumpu pada bahagian bawahnya (dasar). Pusat graviti berada di dasar badut.
Permukaan bola pingpong yang berbentuk hemisfera ini hanya bersentuhan sedikit saja dengan lantai (pc saya). Luas permukaan (tapak) ini sangatlah kecil berbanding berat dan tinggi badut (nisbah yang tidak munasabah). Ia tidak dapat memberikan sokongan yang kuat kepada badut ini. Sebab itulah badut bergoyang kiri kanan (tidak seimbang) walaupun pusat gravitinya berada di dasar.
Bayangkan si badut ini sebuah bangunan pencakar langit. Manakala tolakan jari saya pula ialah angin yang bertiup mengenai pencakar langit tersebut. Bolehkah pencakar langit ini bertahan lama? Sebab itulah pencakar langit mempunyai luas tapak yang sangat besar. Antara bangunan yang mempunyai tapak yang lebih besar daripada puncaknya ialah piramid. Bangunan Menara Berkembar Petronas pun mempunyai tapak yang luas di dasarnya.
Piramid. Imej: famouswonders.com
Bagi tumbuhan pula, cuba perhatikan bentuk pokok. Kebanyakan pokok terutamanya di hutan mempunyai batang yang lurus dan menjulang tinggi ke langit. Bahagian puncaknya merimbun dengan daun yang membentuk kanopi. Secara logiknya, tentulah pokok ini tidak seimbang.
Pusat graviti pokok?
Tetapi, cuba kita lihat akarnya pula. Berapa dalam dan luaskah akarnya merayap ke dalam tanah? Bagaimanakah pula beribu-ribu akar rambut mencengkam tanah tersebut?
Pusat graviti pokok.
The very small things make up a big thing. Akar pokok dari sekecil milimeter sehingga bersaiz meter menjadi tapak kepada keseluruhan struktur pokok. Maka seimbanglah pokok ini walaupun di atas tanah kita lihat seolah-oleh puncaknya lebih berat daripada bawahnya. Perhatikan alam semulajadi di sekeliling kita. Di manakah kebijaksanaan Allah yang ditunjukkan kepada kita? Perhatikan 'the natural engineering & architecture' dalam haiwan dan tumbuhan yang dijadikanNya untuk kegunaan kita. Apa yang dapat kita pelajari dan contohi darinya? Di situlah tersembunyinya sains iaitu hukum alam yang telah diciptakan Allah untuk kita pelajari. Namun, dapatkah kita nampak kebijaksanaan Allah tanpa ilmu pengetahuan? Dapatkah kita nampak keseimbangan alam ini tanpa ilmu pengetahuan sains? Itulah kaitan antara ayat 3 Surah Al-Mulk, badut dan pokok dari pandangan saya.
Untuk ulangkaji kali ini, kami copy artikel ini (senyap-senyap) daripada blog pengasas Little Ibnu Sina for Preschool. Artikel ini sesuai untuk modul 'Sang Rama-rama Yang Suka Menolong' untuk 6 tahun. Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam bentuk demonstrasi kerana kesusahannya dan juga bahaya api. Ok, read on! Serba ringkas mengenai eksperimen ini dan harapnya dapat kita lakukan eksperimen ini dengan anak-anak. Penerangan sains itu, tak perlulah. Yang lebih penting kanak-kanak dapat feel bagaimana hangatnya api, bagaimana memasang dan menyeimbangkan garfu, bagaimana memerhatikan api yang tiba-tiba padam di 'tengah jalan', buat tekaan apa yang akan jadi pada garfu apabila api membakar lidi dan pelbagai lagi. Semua ini merangsang minda, pancaindera dan emosi kanak-kanak. Itulah makna sains yang sebenar. Sains bukanlah fakta tetapi proses untuk menemukan fakta dan dalam proses itu akan menjadikan kita lebih matang dari sebelumnya.
Tajuk eksperimen kali ini ialah Eksperimen Garfu Tergantung. Tonton video ini.
Kenapa api mati apabila sampai di bibir cawan?
Garfu tergantung dari pandangan sisi.
Garfu tergantung dari pandangan hadapan.
Garfu tergantung dari pandangan atas.
Semasa garfu tergantung pada lidi, berat di hujung dan pangkal garfu adalah seimbang. Titik keseimbangan adalah somewhere di antara dua garfu.
Semasa tergantung, apakah daya yang sedang bertindak terhadap garfu? Daya tarikan graviti. Arah daya ini ialah ke bawah seperti di gambar bawah ini. Saya letakkan daya ini dengan simbol A1 dan A2 di mana A1 = A2.
Apabila ada daya yang tarik ke bawah mestilah ada daya yang tolak ke atas pada magnitud yang sama. Dalam sains, kita namakan fenomena ini sebagai Hukum Newton Ketiga (for every action (force) in nature there is an equal and opposite reaction). Jadi, gambarnya seperti di bawah ini.
Paduan daya ini menghasilkan net force = 0 atau pegun atau seimbanglah garfu yang tergantung pada cawan ini tanpa bergerak atau bergoyang langsung. hmm... menepati Hukum Newton Pertama (every object will remain at rest or in uniform motion in a straight line unless compelled to change its state by the action of an external force).
Lihat pada jumlah daya yang ditanggung oleh lidi tersebut dan bandingkan pula dengan jumlah surface area in contact antara lidi dengan bibir cawan. Saya bulatkan kawasannya seperti di gambar bawah.
Jumlah daya yang menekan pada surface area yang bersentuhan mewujudkan tekanan. hmm... macam ni lah. contohnya, mana yang lagi sakit, kaki kena tekan dengan kasut tumit tinggikah atau kasut rata? Begitulah tamsilan tekanan yang dirasai oleh lidi pada bibir cawan tersebut.
Hubungan antara mereka ialah
Pressure, P = Force iaitu (A1+A2) / permukaan lidi yg bersentuh
dengan bibir cawan
Tekanan di kawasan P ini sangat tinggi. Oksigen sangat kurang di kawasan ini. Jadi, api tak dapat marak lalu mati di sini. hmmm... contohnya samalah dengan anda memadamkan puntung rokok dengan menenyeh-nenyehnya dalam tempat habuk rokok.
Ok, sampai di sini dulu. Tak lengkap rasanya bila penerangan eksperimen saya tak disertai dengan sebarang firman. Namun, detik masa berlalu begitu pantas. Saya sangat cemburu dengan makhluk bernama MASA ini. Yang pasti, pembayang untuk eksperimen ini ialah Allah yang Maha Adil dan semua perkara ada batasannya. SELAMAT MENCUBA eksperimen ini... :)
Hari ini, kita ulangkaji cara bergembira dengan sains menggunakan Buku Kerja 6 Tahun Modul 1: Minggu 1
Matlamatnya adalah supaya pelajar dapat perhatikan perubahan bilangan guli yang boleh muat dalam sampan apabila bentuk sampan Mat Plastisin diubah-ubah. Dalam hal ini, jisim Mat Plastisin sentiasa malar.
ok, kategori mereka adalah seperti ini:
pembolehubah bersandar: bentuk Mat Plastisin
pembolehubah tidak bersandar / bebas: bilangan guli
pemalar: jisim Mat Plastisin
Mukasurat 3 Buku Kerja 6 Tahun.
Semasa menjalankan eksperimen, buku kerja mesti ada bersama mereka. Ini adalah supaya mereka boleh rekodkan pemerhatian.
Membilang guli dalam sampan Mat Plastisin.
Selepas habis aktiviti eksperimen, mereka boleh persembahkan dapatan mereka kepada seluruh kelas. Pada tahap ini, kita tidak expect yang pelajar boleh kaitkan hubungan antara bilangan guli dengan bentuk Mat Plastisin. Namun, sekiranya mereka dapat ungkapkan dialog yang lebih kurang berbunyi begini 'bilangan guli bergantung kepada bentuk Mat Plastisin', maknanya kanak-kanak ini ada keistimewaan dalam bakat logic-maths.
For a 6-year-old to come out with such analysis... it's mind blowing!
Kami sarankan Tuan/Puan rekod persembahan mereka. Who knows, that moment terkeluar di saat itu.
Bagi menjalankan seluruh aktiviti ini dengan efektif, maka Tuan Puan perlukan tools ini :-
1. Big Book Little Ibnu Sina
2. Skrip cerita Little Ibnu Sina
3. Manual eksperimen Little Ibnu SIna
4. Workbook Little Ibnu SIna
Untuk tempahan dan pertanyaan, mohon hubungi Tuan Azwan di 017-243 8520.
Ok, minggu lepas kita sudah buat tutorial bagaimana untuk mengisi workbook Little Ibnu Sina (LIS).
Workbook Little Ibnu Sina for Preschool
Workbook berfungsi untuk recall perkara yang pelajar lakukan semasa sesi bercerita dan bereksperimen pada waktu lalu.
Untuk sesi Workbook, it is supposed to be so much fun. Kita wujudkan keadaan di mana "Cikgu, bila nak buat workbook?" Mereka tidak sabar-sabar untuk membuka workbook seolah-olah ia adalah pengganti coklat kegemaran mereka.
Sebelum kita ulangkaji, ini adalah basis kepada semua aktiviti dalam workbook. Workbook yang fun mesti ada elemen-elemen ini :-
1. visual activity
2. auditory activity
3. kinesthetic activity
Kali ini, kita ulangkaji workbook Modul 1: Minggu 1
Aktiviti workbook Minggu 1: Mukasurat 1
Pada mukasurat pertama, pelajar perlu lukiskan imaginasi mereka sekiranya Mat Plastisin tenggelam dalam air.
Begini turutan aktiviti dalam workbook kita :
Soalan: jika Mat Plastisin tenggelam dalam air, bagaimanakah keadaan dirinya?
Sebutkan keadaan. Contoh, Mat Plastisin panik.
Lakonkan keadaan. Contoh, ekspresi Mat Plastisin panik. Siap dengan bunyinya sekali.
Lukiskan keadaan. Waktu inilah pelajar mula menconteng dalam workbook mereka.
Selepas itu, kita buka kepada mana-mana pelajar yang mahu volunteer berkongsi hasil lukisan dalam workbook kepada rakan-rakan.
Pastikan tepuk tangan dengan gemuruh di awal dan akhir ceritanya. Kita membantu mereka untuk bertambah yakin dengan diri sendiri.
Selamat mengukirkan senyuman dan tawa kepada pelajar-pelajar kita... :D
Oh ya, untuk melaksanakan program Little Ibnu SIna dengan efisien, Tuan Puan perlukan tools ini :-
1. Big Book Little Ibnu Sina
2. Skrip cerita Little Ibnu Sina
3. Manual eksperimen Little Ibnu SIna
4. Workbook Little Ibnu SIna
Mahukah Tuan Puan dapatkan manual workbook Little Ibnu SIna?
Untuk tempahan dan pertanyaan, mohon hubungi Tuan Azwan di 017-243 8520.
Dalam modul Ibu Kumbang 6 tahun, Tuan Puan akan menjumpai salah satu ilustrasi ini.
Ilustrasi Tali Pos dalam modul 'Kasih Ibu Kumbang' 6 tahun
Di sini, Ibu Kumbang perlu membuat keputusan tali manakah paling sesuai digunakan untuk menyeberangi sungai bagi menyelamatkan anaknya.
Tugas utama pelajar adalah untuk membantu Ibu Kumbang membuat keputusan. Ibu Kumbang berkata "Tali yang paling kuat bunyinya adalah tali yang mempunyai geseran tinggi. Tali yang mana berbunyi kuat?"
Para pelajar akan membuat ramalan dan eksperimen terhadap tali-tali tersebut.
Eksperimen Tali Berkokok
Semasa mereka buat eksperimen, ada tali yang menghasilkan bunyi lebih kuat daripada tali lain. Di sini, secara tidak langsung kita mendedahkan kepada pelajar tentang keadaan lain yang tidak terlintas di fikiran kita tetapi keadaan itu amat penting untuk dipertimbangkan dalam membuat keputusan.
Jadi, kita boleh bantu pelajar untuk perhatikan keadaan tali sewaktu ia bergeser dengan cawan. Adakah keadaan tali itu berubah?
Kemuncak aktiviti ini adalah gambar ini.
Latihan guru untuk 'Cabaran Jambatan Ibu Kumbang'
Pelajar pilih tali dan buat kraf Ibu Kumbang. Misi terakhir adalah menolong Ibu Kumbang menyeberangi sungai menggunakan tali pilihan mereka.
Sebaik sahaja melihat foto yang diupload oleh Puan Khatijah Razali di facebook, kami terus minta izin beliau untuk share kan di blog ini. Ada sebabnya. Perhatikan betul-betul foto tersebut. Dapatkah anda perhatikan 'urat-urat marshmellow' yang diserapi air coklat panas itu?
Ya... sekali gus membuatkan kami mahu berkongsi eksperimen ini dengan Tuan Puan. Eksperimen ini boleh menjadi pengganti kepada eksperimen modul 2: Pak Cik Kismis dan Kolam Air Soda, minggu 4: Eksperimen Osmosis.
Ilustrasi zarah air masuk ke dalam badan Pak Cik Kismis
Ilustrasi ini menceritakan tentang zarah air yang masuk ke dalam badan Pak Cik Kismis sehingga menyebabkan ia kembang dan berat lalu tenggelam di dasar kolam air soda. Beliau dikejarkan ke hospital kerana jika terlewat, badannya akan pecah. Habislah riwayat pak Cik Kismis... eh.
Sewaktu di hospital, Pak Cik Kismis telah bertanya kepada Doktor Jagung bagaimana badannya boleh jadi begitu. Maka Doktor Jagung pun memberikan penerangan tentang fenomena osmosis.
Secara am, osmosis adalah keadaan di mana air masuk ke dalam sempadan kawasan yang kurang seimbang kepekatan air sehinggalah keadaan di kedua-dua sempadan balanced. Dalam bahasa pasarnya, serapan. Semua benda mengalami keadaan ini. Manusia juga mengalami keadaan ini.
Contoh fenomena osmosis pada badan manusia. Apabila kita main air lama-lama, jari kita akan 'mengecut'. Sebenarnya kulit kita mengembang kerana air masuk ke dalam jemari kita melalui liang-liang seni.
kredit foto: generalknowledge-lkd.blogspot.com
Contoh fenomena osmosis pada tumbuhan. Kita rendam kentang dalam air untuk beberapa ketika. Selepas itu, ia kelihatan segar dan kenyal.
Contoh fenomena osmosis pada makanan. Kita rendam kacang dalam air semalaman. Esoknya, kacang sudah kembang dan lembut. Kulitnya pun sudah terkopek-kopek.
kredit foto: penandfork.com
Lumrah hukum alam... setiap benda akan sentiasa menuju kesempurnaan. Kesempurnaan itu adalah keadaan di mana segalanya seimbang (balanced). Namun, tiada satu apa pun di alam semesta ini yang sempurna (balanced). Setiap kali alam ini menuju balanced maka fenomena lain akan timbul. Ini bermakna juga tidak ada satu benda pun yang berada dalam keadaan kekal. Semua ini menuruti sifat-sifat mustahil bagi Allah SWT.
Dalam tidur dan jaga, dalam makan dan minum, dalam berdiri dan duduk... jasad kita sentiasa menuruti peraturan Allah. Perjuangan kita pula adalah melembutkan hati supaya sentiasa menuruti perintah Allah.
Baiklah, untuk melaksanakan keseluruhan modul ini memerlukan :-
1. Big Book Pak Cik kismis dan Kolam Air Soda
2. Panduan menjalankan aktiviti
3. Skrip cerita Pak Cik Kismis dan Kolam Air Soda
4. props eksperimen
5. props untuk pencerita
6. Workbook
Untuk pertanyaan tentang bahan-bahan tersebut, mohon hubungi Tuan Azwan di 017-243 8520 (whatsapp / sms / telefon).