Setiap manusia mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Ada
orang yang mudah belajar hanya dengan melihat. Ada orang mudah belajar dengan
mendengar. Dan ada orang yang masih tidak faham apa yang diajarkan sama ada
melalui mendengar atau melihat. Cara pembelajaran orang ini dipanggil
kinestetik iaitu terlibat secara fizikal ketika belajar, contohnya pergerakan
badan dan kerja tangan. Tentu anda pernah terjumpa kanak-kanak yang hanya boleh
duduk diam 5 - 10 minit sahaja. Selepas itu, dia langsung tidak memberi
tumpuan.
Kanak-kanak sedang membina menara tertinggi dan terkuat menggunakan suratkhabar. |
Pendekatan pembelajaran yang
menggunakan ketiga-tiga gaya pembelajaran visual (melihat), auditori
(mendengar) dan kinestetik dipanggil ‘Accelerated Learning’. Pendekatan
‘Accelerated Learning’ dipengaruhi oleh teori ‘Multiple Intelligence’ yang
diasaskan oleh Edward Gardner. Beliau berpendapat bahawa setiap manusia
mempunyai kebijaksanaan masing-masing secara semula jadi. Rangsangan yang
bersesuaian dengan keadaan semula jadi seseorang itu akan meningkatkan lagi
tahap kecerdikannya.
Kanak-kanak melukis salah satu illustrasi daripada cerita 'Zarah Udara Vs Zarah Air' |
Di Little Ibnu SIna Camp, ketiga-tiga gaya pembelajaran ini
digabungkan melalui ‘Science Storytelling Approach’. Ada masa kanak-kanak
mendengar cerita, melihat illustrasi dan meniru gaya si pencerita. Ada masa
kanak-kanak bereksperimen (kinestetik), menceritakan lukisan (audio) dan
melukis (visual). Untuk itu, kanak-kanak berasa seronok kerana mereka puas
dengan apa yang mereka pelajari.